Sunday, August 12, 2007

PERINTAH AM BAB "G" : WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA, 1974 (EMOLUMEN : ELAUN LEBIH MASA (ELM))

SKOP TUMPUAN BLOG
Dalam membincangkan Emolumen ini tumpuan dikhususkan kepada:-
  1. Perintah Am Bab 'G' - Waktu bekerja dan Lebih Masa, dan
  2. Permulaan kuatkuasa pada 1hb Feb 1974
Sumber-sumber rujukan adalah:-
  1. Perintah Am Bab 'C'
  2. Perintah Am Bab 'G'
  3. Pekeliling Perkhidmatan 2/77, 10/97 dan 17/2005
  4. Surat Pekeliling Perkhidmatan 21/77
  5. Surat Pekeliling Perkhidmatan 24/77
  6. Surat Pekeliling Perkhidmatan 25/77
  7. Surat Pekeliling Perkhidmatan 1/80 dan 8/89
  8. Surat-surat JPA
(Umumnya, tidak semua pekeliling ini dapat disambung terus ke Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan disebutkan. Walau bagaimanapun, sedaya upaya termampu bagi memudahkan sumber rujukan ini disinopsiskan secara ringkas perkara berkaitan bagi memudahkan rujukan pembaca.)

SINOPSIS DAN RINGKASAN SUMBER RUJUKAN
Dalam mencapai matlamat topik blog ini sinopsis dan ringkasan berikut berguna untuk mencapai kefahaman pembaca dan pengguna akan Bab 'G' iaitu Emolumen itu sendiri.
  • Perintah Am, Bab 'C'-Cuti (1974)
Para 40-Cuti Gantian

" Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut."
PP 2/77 ini juga menjadi rujukan utama kerana ia menekankan bahawa segala kenyataan terhadap perubahan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam Semenanjung Malaysia.
  • Para 14. Tertakluk kepada Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan berhak meminda syarat-syarat serta meminda /menarik balik kemudahan yang diperuntukan.
PP 10/77 ini menekankan bahawa,

" Bayaran Elaun Lebih Masa (ELM) hanya bagi anggota kakitangan awam yang diluluskan elaun penanggungan kerjanya semata-mata."

Dan kelayakan ELM ini diberikan dengan syarat bahawa anggota awam tersebut:-
  1. Bertugas melebihi 2 jam di luar waktu bekerja biasa atau waktu bekerja gilirannya, dan;
  2. Mestilah berasaskan gaji jawatan hakiki pegawai tersebut.
PP 17/2005 ini merupakan rujukan terkini, berhubung dengan Pindaan Formula Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Elaun Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji Penuh bagi Pegawai Sambilan.

Apa yang jelas disini, Para 3 (Perlaksanaan) menekankan bahawa,

"Peruntukan 25 hari dalam PP Bil. 4 Tahun 2000 (Para 3, Perlaksanaan) adalah dipinda kepada 23 hari."

Seseorang anggota kakitangan awam yang layak boleh melakukan ELM melebihi 1/3 dari gaji bulanannya dengan syarat:-
  1. Semua (dalam kumpulannya) terlibat kerja-kerja lebih masa yang dilakukan melangkaui had 1/3 gaji.
  2. Pekerja yang tidak mahu membuat kerja-kerja lebih masa membuat pengakuan tidak mahu melakukannya.
  3. Keadaan yang dilakukan adalah sangat munasabah
  4. dan, PENTING di perakui oleh Pegawai Gred 48 ke atas.
SPP 24/77 ini membezakan ELM yang diambil atau dilaksanakan oleh Pemandu-pemandu Menteri dan Timbalan Menteri. Ia merujuk khusus kepada pemandu-pemandu yang terlibat dengan segala aktiviti Menteri mahupun Timbalan Menteri, yang menjalankan tugas tanpa mengira waktu.

Ia juga dilihat sebagai kelebihan golongan ini dalam membantu menunaikan hasrat negara melalui tugas yang dilakukan para pemimpin negara. Imbuhan ini adalah sebagai imbuhan/ganjaran/hadiah/pemberian/saguhati terima kasih negara di atas sumbangan kumpulan ini.

Di bawah SPP 24/77 ini, bayaran ELM para pemandu berkenaan tidak terhad kepada 1/3 dari sebulan gaji individu pemandu itu sendiri.(Perbezaan utama ELM)
Kalau SPP 24/77 ditumpukan kepada Pemandu-pemandu Menteri dan Timbalan Menteri, SPP 25/77 pula ditujukan khas buat Pemandu-pemandu Pegawai Kanan Kerajaan yang layak untuk mendapat elaun bantuan gaji pemandu.

Walau bagaimanapun, pemandu-pemandu ini TERHAD kepada pemandu yang bergaji sepenuh masa sahaja.
SPP 1/80 pula menumpukan kerja-kerja lebih masa kakitangan-kakitangan awam dalam kumpulan yang terlibat dengan perusahaan dan buruh kasar.

Di bawah Para 5.2 menyebut bahawa,

"Pegawai yang tidak layak mendapat ELM, layak diarahkan bekerja lebih dari wakti pejabat yang ditetapkan, Ketua Jabatan hendaklah mengatur Cuti Gantian dalam TEMPOH 6 BULAN."
SPP 8/89, pula ditujukan khas kepada pengawal keselamatan yang berkhidmat di bawah skim kerajaan.

Umumnya, pengawal keselamatan ini tergolong di dalam kumpulan yang TIDAK LAYAK menuntut bayaran ELM dan hanya layak mendapat cuti gantian (Para 40, Perintah Am, Bab 'C'-Cuti (1974))
-------------------------------------------------------------------------------------
TAFSIRAN-PERINTAH AM, BAB 'G'
KERJA LEBIH MASA
-------------------------------------------------------------------------------------
Secara umumnya,

"Kerja Lebih Masa adalah kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang pegawai secara pusingan atau giliran iaitu bagi maksud untuk menjalankan tugas rasmi jawatan hakiki/tugas rasmi bagi sesuatu jabatan."
ANGGOTA YANG LAYAK
(Melakukan Kerja Lebih Masa atau Mendapat ELM)-
Para 14, Perintah Am, Bab 'G' (1974)
Terdapat dua kumpulan anggota yang layak menuntut bayaran ELM di dalam sektor perkhidmatan awam. Kumpulan tersebut ialah:-
  • Semua Pegawai dalam kumpulan sokongan (Kumpulan Gread 32 dan ke bawah).
Ini bermaksud bahawa, tinggi mana pun jumlah gaji diterima seseorang pegawai di dalam kumpulan sokongan, beliau berhak menuntut bayaran ELM
  • Pegawai yang menangung kerja - selepas 2 jam bertugas.
ANGGOTA YANG TIDAK LAYAK
(Melakukan Kerja Lebih Masa atau Mendapat ELM)
-Para 14, Perintah Am, Bab 'G' (1974)
Manakala, terdapat dua golongan yang tidak layak menuntut bayaran ELM di dalam sektor perkhidmatan awam. Kumpulan tersebut ialah:-
  • Semua Pegawai dalam kumpulan pengurusan dan professional (Kumpulan Gred 41 dan ke atas).
  • Anggota-anggota dalam perkhidmatan polis, penjara, bomba dan tentera.
-------------------------------------------------------------------------------------
Nota Tambahan Penting
-------------------------------------------------------------------------------------
JENIS-JENIS WAKTU BEKERJA
Terdapat 2 jenis waktu bekerja yang digunapakai oleh kakitangan sektor awam.
  • Waktu Bekerja Pejabat
  1. Wilayah Persekutuan
  2. Negeri-negeri di mana hari Jumaat adalah Cuit Mingguan
  3. Negeri-negeri di mana hari Jumaat bukan Cuti Mingguan
  • Waktu Bekerja Bukan Pejabat
- Ditetapkan oleh kerajaan mengikut keperluan dan kesesuaian jabatan berkenaan

- Bekerja mengikut giliran mengandungi 6 giliran dalam seminggu seperti berikut:-
  1. 5 giliran selama 8 jam diberi 1 jam rehat/makan
  2. 1 giliran selama 6 jam (tiada masa diberi untuk rehat/makan) dan 1 hari cuti mingguan.
WAKTU REHAT MAKAN
  • Perintah Am, BAB 'G', Para 9.
"Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu jam semasa dalam waktu bekerja 8 jam. Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih munasabah selama 15 minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah sebanyak 15 minit lagi."
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
  • Perintah Am, BAB 'G', Para 17.
"Ketua Jabatan atau Pejabat BOLEH MENGHKEHENDAKI MANA-MANA PEGAWAINYA BERTUGAS DI LUAR MASA yang ditetapkan, apabila pada pandangannya ini adalah untuk KEPENTINGAN AWAM atau KEPENTINGAN PERKHIDMATAN. Ini termasuklah kehadiran di pejabat LEBIH AWAL atau TINGGAL DI PEJABAT LEBIH LEWAT daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada HARI-HARI MINGGU atau KELEPASAN AM."
-------------------------------------------------------------------------------------
WAKTU KERJA LEBIH MASA
Terdapat 2 waktu yang menjdai asas rujukan dan penentuan Kerja Lebih Masa di dalam sektor perkhidmatan awam. Ianya terdiri daripada :-
  • Waktu bekerja pejabat, dan;
Waktu bekerja pejabat adalah seperti berikut:-
  1. Luar dari masa bekerja yang ditetapkan (selepas 8 jam bertugas seharian),
  2. Cuti Mingguan
  3. Hari Kelepasan Am (yang jatuh pada hari bekerja harian)
  • Waktu bekerja bukan pejabat.
Manakala, bagi Waktu bekerja bukan pejabat pula adalah seperti berikut:-
  1. Diluar giliran tugas sepatutnya
  2. Waktu dibebaskan
  3. Cuti Mingguan
  4. Cuti Kelepasan Am (yang jatuh pada hari cuti mingguan)
CORAK KERJA LEBIH MASA
Corak kerja lebih masa meliputi tugas :-
  • perkhidmatan kaunter,
  • pemerosesan,
  • penyeliaan, dan;
  • pengawasan
dengan syarat:-
  • Kerja-kerja kecemasan,
  • Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguh kerana dikhuatiri boleh memudaratkan perkhidmatan,
  • Kerja yang dilakukan melebihi bidang tugas biasanya, dan;
  • Perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad.
JENIS-JENIS KERJA YANG BOLEH DIBAYAR ELAUN LEBIH MASA
Terdapat 4 jenis kerja-kerja yang boleh dibayar Elaun Lebih Masa atau ELM iaitu:-
  • Kerja Siang (Para 12, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
Sebarang giliran bertugas tambahan yang dilakukan oleh kakitangan di antara 6:00 pg hingga 10:00 mlm.
  • Kerja Malam (Para 12, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
Sebarang giliran bertugas tambahan yang dilakukan oleh kakitangan di antara 10:00 mlm hingga 6:00 pg.
  • Kerja Kecemasan (Para 12, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
Sebarang tugas yang memerlukan pekerja yang lebih dari biasa bagi penjagaan dan pemulihan perkhidmatan yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan.
  • Tinggal Atas Panggilan atau 'On-Call' (Para 16, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
Ketua Jabatan mengarahkan pegawai dibawah jagaannya tinggal atas panggilan.

Semasa pegawai tinggal atas panggilan, beliau boleh dipanggil bekerja demi kepentingan perkhidmatan / kepentingan awam.

Seseorang pegawai yang sedang di atas panggilan yang akhirnya dipanggil bertugas lebih masa boleh menerima bayaran LEBIH MASA.
KADAR BAGI ANGGOTA SAMBILAN - (Para 13, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
-------------------------------------------------------------------------------------------
KADAR GANDAAN BAYARAN ELM - (Para 13-LAMPIRAN "A", Perintah Am, Bab 'G' (1974))
-------------------------------------------------------------------------------------------
KADAR BAGI BAYARAN ELM MENANGGUNG KERJA - (Pekeliling Perkhidmatan 10/97) M/s 5.
-------------------------------------------------------------------------------------------
CONTOH PENGIRAAN KADAR ELM
-------------------------------------------------------------------------------------------
DOKUMEN YANG WAJIB DILAMPIRKAN BERSAMA SEMASA TUNTUTAN ELM
  1. Slip Gaji Kakitangan atau Kew. 8 (yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  2. Borang Tuntutan ELM
  3. Borang Pengiraan
  4. Borang perakam waktu atau Jadual kedatangan
  5. Surat Arahan Kerja Lebih Masa (sekiranya 'punch card' tidak diketipkan surat arahan mestilah dengan detail)
  6. Kelulusan Ketua Jabatan bagi tuntutan melebihi 1/3 gaji hakiki.
  7. Surat Kelewatan (sekiranya dihantar lebih dari 10hb pada bulan berikutnya) AP 100 (a).


No comments: