Saturday, August 18, 2007

PERINTAH AM BAB "A" : PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PERLANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005

SKOP TUMPUAN BLOG
Dalam membincangkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ini tumpuan dikhususkan kepada:-
  1. Perintah Am Bab 'A' - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, dan
  2. Mengikut Pembahagian -pembahagian seperti dinyatakan di dalam Perintah-Perintah Am Bab "A" itu sendiri seperti berikut:-
--o0O0o--
=====================================================
Perintah Am, Bab 'A'-Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (2005)
=====================================================

BAHAGIAN I
PERMULAAN

Bahagian 1 (Permulaan) Bab 'A' : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (2005) merupakan asas penting dan utama dalam peraturan -peraturan pegawai awam. Umumnya ia menekankan :-
  1. Para 1 (1) Nama peraturan
  2. Para 1(2) Permulaan Kuatkuasa
  3. Para 2 Pemakaian Peraturan
  4. Para 3 Pemakaian tatacara pelantikan
  5. Para 4 Tafsiran
Merujuk Para (1) hingga (3), Perintah Am, Bab "B": Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (2005) menyebut;
  • Nama (Para 1 (1), Perintah Am, Bab "B": Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (2005))
  • Peraturan-peraturan ini dinamakan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
  • Permulaan kuat kuasa (Para 1 (2), Perintah Am, Bab "B": Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (2005))
  • Peraturan ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2005.
  • Pemakaian (Para 2, Perintah Am, Bab "B": Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (2005))
  • Peraturan ini hendaklah terpakai di ke semua perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.
  • Pemakaian tatacara pelantikan (Para 3, Perintah Am, Bab "B": Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (2005))
  • Para 3 (1),Pemakaian peraturan ini merujuk kepada semua pelantikan tetap atau sementara.
  • Para 3 (2), Pemakaian peraturan ini juga merujuk kepada semua pelantikan pegawai kontrak (yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)).Nama (Para 1 (1), Perintah Am, Bab "B": Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (2005))
  • Tafsiran (Para 4, Perintah Am, Bab "B": Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (2005))
Terdapat beberapa tafsiran penting di dalam memahami Perintah Am, Bab "B": Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (2005) ini.
  • Tafsiran penting di dalam Peraturan-peraturan ini ialah :-
=====================================================
BAHAGIAN II
PERLANTIKAN

Bahagian II (Perlantikan) Bab 'A' : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (2005) pula lebih menekankan kepada perkara-perkara berkaitan Perlantikan Kakitangan Awam dari pelbagai sudut. Ia boleh diperjelaskan mengikut penekanan pada Para 5 hingga 13 berikut :-
  1. Para 5 Perlantikan mengikut Skim Perkhidmatan
  2. Para 6 Perlantikan untuk warganegara sahaja
  3. Para 7 Perlantikan semula pegawai tetap yang telah meletakkan jawatan
  4. Para 8 Perlantikan semula pegawai tetap yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan
  5. Para 9 Perlantikan semula pegawai tetap yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.
  6. Para 10 Perlantikan pegawai yang sedang berkhidmat
  7. Para 11 Kembali ke dalam perkhidmatan terdahulu
  8. Para 12 Peminjaman Pegawai
  9. Para 13 Pertukaran Sementara



=====================================================

BAHAGIAN III
PENGAMBILAN


=====================================================

BAHAGIAN IV
TARIKH PERLANTIKAN, GAJI PERMULAAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN


=====================================================

BAHAGIAN V
TEMPOH PERCUBAAN<>

=====================================================

BAHAGIAN VI
KEKANANAN


=====================================================

BAHAGIAN VII
OPSYEN BAGI SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN PEMBERIAN TARAF PENCEN


=====================================================

BAHAGIAN VIII
KENAIKAN PANGKAT, PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA


=====================================================

BAHAGIAN IX
PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PELETAKAN JAWATAN



=====================================================

BAHAGIAN X
PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK


=====================================================

BAHAGIAN XI
UMUR

=====================================================

BAHAGIAN XII
PELBAGAI





--o0O0o--
=====================================================

PERINTAH AM BAB "B" : ELAUN-ELAUN PERKHIDMATAN 1974

SKOP TUMPUAN BLOG
Skop tumpuan dalam perbincangan topik ini ialah:-
  1. Perintah Am, Bab "B" : Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan (1974)
  2. Perlembagaan Persekutuan
Sumber rujukan penting ialah:-
  1. Perintah Am, Bab "B" : Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan (1974)
LATARBELAKANG
Secara umumnya, Perintah Am ini dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menggantikan Perintah-perintah Am Kewangan Bab V tentang Perjalanan, Elaun Hidup dan Pengangkutan. Dengan ini juga Bab V, Perintah-perintah Am Kewangan yang telah dikeluarkan sebelum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terbatal dengan sendirinya.

Perintah Am ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974.

Bagi mengikut peredaran masa dan waktu gunapakai perintah dan peraturan ini, Perintah Am ini telah DIPINDA melalui PEKELILING yang dikeluarkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

KEMUDAHAN BERDASARKAN KRITERIA
Umumnya, Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan di bawah Perintah Am, Bab "B" ini adalah kemudahan berasaskan kriteria berikut :-
  1. Kepakaran
  2. Kemahiran
  3. Kepentingan Sesuatu Perkhidmatan
  4. Bayaran Balik Perbelanjaan
  5. Tanggungjawab Tambahan
  6. Kos Sara Hidup
  7. Risiko Kerja
  8. Kesusahan
  9. Galakan, dan;
  10. Keanehan Tugas atau Perkhidmatan
PRINSIP-PRINSIP PEMBERIAN ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN
Dari analisis dan kajian, terdapat 4 prinsip pemberian elaun-elaun dalam perkhidmatan. Antaranya ialah :-
  • Tidak Sejagat
  • Secara umumnya, pemberian elaun hanya kepada sesuatu perkhidmatan tertentu sahaja.
  • Tidak Kekal
  • Hampir keseluruhan elaun adalah bersifat sementara sahaja, dalam mana ia pada bila-bila masa akan boleh ditarik semula oleh yang memberi elaun tersebut.
  • Tidak Biasa
  • Pemberian Elaun hanya dalam keadaan tertentu sahaja. Contohnya; Elaun trafik Udara dan Elaun Kedastra (Elaun Pegawai Jabatan Ukur)
  • Kesaksamaan
  • Dan, bagi membuktikan sikap adil kerajaan pemberian elaun diberikan kepada anggota perkhidmatan awam yang layak sahaja secara adil dan saksama.
TAFSIRAN
Bagi memahami Bab 'B' : Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan (1974), Perintah Am ini, tafsiran penting berikut perlulah difahami dengan merujuk Para 2, Perintah Am, Bab "B": Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan (1974) tersebut.
  • Ibu Pejabat (Para 2 (2.2), Perintah Am, Bab "B": Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan (1974))
  • 'Ibu Pejabat' bermakna tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah:-
  1. (Para 2 (2.2 (a)), Perintah Am, Bab "B": Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan (1974)) - 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya.
  2. (Para 2 (2.2 (b)), Perintah Am, Bab "B": Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan (1974)) - 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan
  3. (Para 2 (2.2 (c)), Perintah Am, Bab "B": Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan (1974)) - 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai (Para ini lebih menekankan tentang penggunaan jalan luar bandar yang sukar dihubungi seperti di Sabah dan Sarawak).
  • Tafsiran di atas lebih memperjelaskan erti 'Out station' yang digunapakai istilahnya hari ini.

PERINTAH AM BAB "C" : CUTI 1974

SKOP TUMPUAN BLOG
Skop tumpuan dalam perbincangan topik ini ialah:-
  1. Perintah Am, Bab "C" : Cuti (1974)
  2. Perlembagaan Persekutuan
Sumber rujukan penting ialah:-
  1. Perintah Am, Bab "C" : Cuti (1974)
LATARBELAKANG
Secara umumnya, Perintah Am ini dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan.
Fasal (2) Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan

" Kecuali sebagaimana selainnya, diperuntukan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, kelayakan untuk perlantikan bagi orang-orang dalam perkhidmatan awam dan syarat-syarat perkhidmatan mereka, lain daripada orang-orang dalam perkhidmatan yang tersebut dalam perenggan (g) Fasal (1) boleh dibuat peraturan oleh undang-undang persekutuan dan juga, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan itu, oleh Yang di Pertuan Agong; dan kelayakan untuk perlantikan bagi orang-orang dalam perkhidmatan awam mana-mana Negeri dan syarat-syarat perkhidmatan mereka boleh dibuat peraturan oleh undang-undang Negeri dan juga, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Negeri itu, oleh Raja atau Yang di Pertua negeri Negeri bagi Negeri itu."

Fasal (1)(g) Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan

"Bagi maksud-maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan awam ialah -
(g) perkhidmatan awam tiap-tiap satu Negeri........
Perintah Am ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 1994.

Bagi mengikut peredaran masa dan waktu gunapakai perintah dan peraturan ini, Perintah Am ini telah DIPINDA melalui PEKELILING yang dikeluarkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

TAFSIRAN
Bagi memahami Bab 'C' : Cuti (1974), Perintah Am ini, pelbagai tafsiran penting perlulah difahami dengan merujuk Para 1, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974) tersebut.
  • Cuti (Para 1 (i), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
  • Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja
  • Cuti Rehat (Para 1 (ii), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
  • Cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun dari bulan Januari hingga Disember.
  • Cuti Sakit (Para 1 (iii), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
  • Cuti bergaji penuh yang diberi atas sebab-sebab perubatan dan dengan mengemukakan sijil sakit daripada seseorang pegawai perubatan kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan sembuh.
  • Ketua Jabatan (Para 1 (iv), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
  • Ketua Setiausaha, Kementerian berkenaan
  • Ketua Jabatan, Jabatan berkenaan, atau;
  • Ketua sesuatu Perkhidmatan
  • Kuasa Tertentu (Para 1(v), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau;
  • Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Perkhidmatan yang melayakkan (Para 1(ix), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
  • Perkhidmatan yang diambilkira bagi mengira kelayakkan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk:-
  1. Cuti Separuh Gaji,
  2. Cuti Tanpa Gaji,
  3. Cuti Haji,
  4. Cuti Sakit Tibi
  5. Cuti Sakit Kusta,
  6. Cuti Barah, dan;
  7. Cuti Belajar.
  • Sanak Saudara (Para 1 (x), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
  • Terdiri daripada:-
  1. Adik-beradik,
  2. Ibu bapa,
  3. Ahli keluarga, serta;
  4. Sanak saudara-mara yang rapat kepada pegawai.
  • Sijil Sakit (Para 1 (xi), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
  • Sijil Akuan Sakit yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan (PPK), atau oleh sesebuah Lembaga Perubatan ( Perintah Am, Bab "F": Perubatan (1974)) oleh seorang Ahli Panel Doktor yang diluluskan kerajaan.
  • Cuti Bukan Hak
  • Cuti adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam
  • Tujuan Cuti
Cuti-cuti diberikan kepada anggota Perkhidmatan Awam adalah kerana:-
  • Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan dan negara, dan;
  • Mengelakkan campur-aduk masalah peribadi dan menyelesaikannya.
KATEGORI CUTI
Para 14A, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974) menggariskan bahawa
(a) Tiada gaji bagi tempoh tidak hadir berkerja TANPA CUTI

Ini bermaksud bahawa,
" Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas bagi suatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bertugas tersebut."

(b) Ketua Jabatan berhak membuat perakuan ketidakhadiran pekerja tersebut dan membuat pemotongan gaji pekerja tersebut.
  • Cuti kerana Perkhidmatan
Terdiri dari 3 jenis cuti yang boleh diberikan kerana perkhidmatan:-
  • Cuti Rehat (Para 7, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti Separuh Gaji (Para 13 & 51 (a), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti Tanpa Gaji (Para 14, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai yang mengikut Pasangan boleh merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 14, Tahun 2005.
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti atas sebab-sebab Kesihatan / Perubatan (Para 17 (a), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
Jenis-jenis cuti atas sebab perubatan adalah:-
  • Cuti Sakit (Para 17(a), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
*** Lanjutan bagi Para 17 (d), Perintah Am, Bab "C" di atas, ianya boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2005.

PERHATIAN:
Jumlah cuti sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. (Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2006)
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti Sakit Lanjutan (Para 22, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti Kerantina (Para 24, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti Bersalin (Para 25 & 26, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
Pekeliling Perkhidmatan Bal. 2 Tahun 1998 yang memanjang tempoh cuti bersalin pegawai / guru wanita.
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti Kecederaan (Para 27, 28 & 29, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti Tibi, Kusta dan Barah (Para 30 & 31, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
  • Cuti Menunaikan Haji (Para 34 & 55, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------
  • Cuti Tanpa Rekod (Para 41, 42, 43, 44, 45 & 46, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
-------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------
  • Cuti kerana Berkursus (Para 36, 37 & 38, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
-------------------------------------------------------------------

PERINTAH AM BAB "D" : PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

PERINTAH AM BAB "E" : RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1974

Sunday, August 12, 2007

PERINTAH AM BAB "G" : WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA, 1974 (EMOLUMEN : ELAUN LEBIH MASA (ELM))

SKOP TUMPUAN BLOG
Dalam membincangkan Emolumen ini tumpuan dikhususkan kepada:-
  1. Perintah Am Bab 'G' - Waktu bekerja dan Lebih Masa, dan
  2. Permulaan kuatkuasa pada 1hb Feb 1974
Sumber-sumber rujukan adalah:-
  1. Perintah Am Bab 'C'
  2. Perintah Am Bab 'G'
  3. Pekeliling Perkhidmatan 2/77, 10/97 dan 17/2005
  4. Surat Pekeliling Perkhidmatan 21/77
  5. Surat Pekeliling Perkhidmatan 24/77
  6. Surat Pekeliling Perkhidmatan 25/77
  7. Surat Pekeliling Perkhidmatan 1/80 dan 8/89
  8. Surat-surat JPA
(Umumnya, tidak semua pekeliling ini dapat disambung terus ke Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan disebutkan. Walau bagaimanapun, sedaya upaya termampu bagi memudahkan sumber rujukan ini disinopsiskan secara ringkas perkara berkaitan bagi memudahkan rujukan pembaca.)

SINOPSIS DAN RINGKASAN SUMBER RUJUKAN
Dalam mencapai matlamat topik blog ini sinopsis dan ringkasan berikut berguna untuk mencapai kefahaman pembaca dan pengguna akan Bab 'G' iaitu Emolumen itu sendiri.
  • Perintah Am, Bab 'C'-Cuti (1974)
Para 40-Cuti Gantian

" Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut."
PP 2/77 ini juga menjadi rujukan utama kerana ia menekankan bahawa segala kenyataan terhadap perubahan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam Semenanjung Malaysia.
  • Para 14. Tertakluk kepada Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan berhak meminda syarat-syarat serta meminda /menarik balik kemudahan yang diperuntukan.
PP 10/77 ini menekankan bahawa,

" Bayaran Elaun Lebih Masa (ELM) hanya bagi anggota kakitangan awam yang diluluskan elaun penanggungan kerjanya semata-mata."

Dan kelayakan ELM ini diberikan dengan syarat bahawa anggota awam tersebut:-
  1. Bertugas melebihi 2 jam di luar waktu bekerja biasa atau waktu bekerja gilirannya, dan;
  2. Mestilah berasaskan gaji jawatan hakiki pegawai tersebut.
PP 17/2005 ini merupakan rujukan terkini, berhubung dengan Pindaan Formula Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Elaun Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji Penuh bagi Pegawai Sambilan.

Apa yang jelas disini, Para 3 (Perlaksanaan) menekankan bahawa,

"Peruntukan 25 hari dalam PP Bil. 4 Tahun 2000 (Para 3, Perlaksanaan) adalah dipinda kepada 23 hari."

Seseorang anggota kakitangan awam yang layak boleh melakukan ELM melebihi 1/3 dari gaji bulanannya dengan syarat:-
  1. Semua (dalam kumpulannya) terlibat kerja-kerja lebih masa yang dilakukan melangkaui had 1/3 gaji.
  2. Pekerja yang tidak mahu membuat kerja-kerja lebih masa membuat pengakuan tidak mahu melakukannya.
  3. Keadaan yang dilakukan adalah sangat munasabah
  4. dan, PENTING di perakui oleh Pegawai Gred 48 ke atas.
SPP 24/77 ini membezakan ELM yang diambil atau dilaksanakan oleh Pemandu-pemandu Menteri dan Timbalan Menteri. Ia merujuk khusus kepada pemandu-pemandu yang terlibat dengan segala aktiviti Menteri mahupun Timbalan Menteri, yang menjalankan tugas tanpa mengira waktu.

Ia juga dilihat sebagai kelebihan golongan ini dalam membantu menunaikan hasrat negara melalui tugas yang dilakukan para pemimpin negara. Imbuhan ini adalah sebagai imbuhan/ganjaran/hadiah/pemberian/saguhati terima kasih negara di atas sumbangan kumpulan ini.

Di bawah SPP 24/77 ini, bayaran ELM para pemandu berkenaan tidak terhad kepada 1/3 dari sebulan gaji individu pemandu itu sendiri.(Perbezaan utama ELM)
Kalau SPP 24/77 ditumpukan kepada Pemandu-pemandu Menteri dan Timbalan Menteri, SPP 25/77 pula ditujukan khas buat Pemandu-pemandu Pegawai Kanan Kerajaan yang layak untuk mendapat elaun bantuan gaji pemandu.

Walau bagaimanapun, pemandu-pemandu ini TERHAD kepada pemandu yang bergaji sepenuh masa sahaja.
SPP 1/80 pula menumpukan kerja-kerja lebih masa kakitangan-kakitangan awam dalam kumpulan yang terlibat dengan perusahaan dan buruh kasar.

Di bawah Para 5.2 menyebut bahawa,

"Pegawai yang tidak layak mendapat ELM, layak diarahkan bekerja lebih dari wakti pejabat yang ditetapkan, Ketua Jabatan hendaklah mengatur Cuti Gantian dalam TEMPOH 6 BULAN."
SPP 8/89, pula ditujukan khas kepada pengawal keselamatan yang berkhidmat di bawah skim kerajaan.

Umumnya, pengawal keselamatan ini tergolong di dalam kumpulan yang TIDAK LAYAK menuntut bayaran ELM dan hanya layak mendapat cuti gantian (Para 40, Perintah Am, Bab 'C'-Cuti (1974))
-------------------------------------------------------------------------------------
TAFSIRAN-PERINTAH AM, BAB 'G'
KERJA LEBIH MASA
-------------------------------------------------------------------------------------
Secara umumnya,

"Kerja Lebih Masa adalah kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang pegawai secara pusingan atau giliran iaitu bagi maksud untuk menjalankan tugas rasmi jawatan hakiki/tugas rasmi bagi sesuatu jabatan."
ANGGOTA YANG LAYAK
(Melakukan Kerja Lebih Masa atau Mendapat ELM)-
Para 14, Perintah Am, Bab 'G' (1974)
Terdapat dua kumpulan anggota yang layak menuntut bayaran ELM di dalam sektor perkhidmatan awam. Kumpulan tersebut ialah:-
  • Semua Pegawai dalam kumpulan sokongan (Kumpulan Gread 32 dan ke bawah).
Ini bermaksud bahawa, tinggi mana pun jumlah gaji diterima seseorang pegawai di dalam kumpulan sokongan, beliau berhak menuntut bayaran ELM
  • Pegawai yang menangung kerja - selepas 2 jam bertugas.
ANGGOTA YANG TIDAK LAYAK
(Melakukan Kerja Lebih Masa atau Mendapat ELM)
-Para 14, Perintah Am, Bab 'G' (1974)
Manakala, terdapat dua golongan yang tidak layak menuntut bayaran ELM di dalam sektor perkhidmatan awam. Kumpulan tersebut ialah:-
  • Semua Pegawai dalam kumpulan pengurusan dan professional (Kumpulan Gred 41 dan ke atas).
  • Anggota-anggota dalam perkhidmatan polis, penjara, bomba dan tentera.
-------------------------------------------------------------------------------------
Nota Tambahan Penting
-------------------------------------------------------------------------------------
JENIS-JENIS WAKTU BEKERJA
Terdapat 2 jenis waktu bekerja yang digunapakai oleh kakitangan sektor awam.
  • Waktu Bekerja Pejabat
  1. Wilayah Persekutuan
  2. Negeri-negeri di mana hari Jumaat adalah Cuit Mingguan
  3. Negeri-negeri di mana hari Jumaat bukan Cuti Mingguan
  • Waktu Bekerja Bukan Pejabat
- Ditetapkan oleh kerajaan mengikut keperluan dan kesesuaian jabatan berkenaan

- Bekerja mengikut giliran mengandungi 6 giliran dalam seminggu seperti berikut:-
  1. 5 giliran selama 8 jam diberi 1 jam rehat/makan
  2. 1 giliran selama 6 jam (tiada masa diberi untuk rehat/makan) dan 1 hari cuti mingguan.
WAKTU REHAT MAKAN
  • Perintah Am, BAB 'G', Para 9.
"Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu jam semasa dalam waktu bekerja 8 jam. Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih munasabah selama 15 minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah sebanyak 15 minit lagi."
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
  • Perintah Am, BAB 'G', Para 17.
"Ketua Jabatan atau Pejabat BOLEH MENGHKEHENDAKI MANA-MANA PEGAWAINYA BERTUGAS DI LUAR MASA yang ditetapkan, apabila pada pandangannya ini adalah untuk KEPENTINGAN AWAM atau KEPENTINGAN PERKHIDMATAN. Ini termasuklah kehadiran di pejabat LEBIH AWAL atau TINGGAL DI PEJABAT LEBIH LEWAT daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada HARI-HARI MINGGU atau KELEPASAN AM."
-------------------------------------------------------------------------------------
WAKTU KERJA LEBIH MASA
Terdapat 2 waktu yang menjdai asas rujukan dan penentuan Kerja Lebih Masa di dalam sektor perkhidmatan awam. Ianya terdiri daripada :-
  • Waktu bekerja pejabat, dan;
Waktu bekerja pejabat adalah seperti berikut:-
  1. Luar dari masa bekerja yang ditetapkan (selepas 8 jam bertugas seharian),
  2. Cuti Mingguan
  3. Hari Kelepasan Am (yang jatuh pada hari bekerja harian)
  • Waktu bekerja bukan pejabat.
Manakala, bagi Waktu bekerja bukan pejabat pula adalah seperti berikut:-
  1. Diluar giliran tugas sepatutnya
  2. Waktu dibebaskan
  3. Cuti Mingguan
  4. Cuti Kelepasan Am (yang jatuh pada hari cuti mingguan)
CORAK KERJA LEBIH MASA
Corak kerja lebih masa meliputi tugas :-
  • perkhidmatan kaunter,
  • pemerosesan,
  • penyeliaan, dan;
  • pengawasan
dengan syarat:-
  • Kerja-kerja kecemasan,
  • Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguh kerana dikhuatiri boleh memudaratkan perkhidmatan,
  • Kerja yang dilakukan melebihi bidang tugas biasanya, dan;
  • Perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad.
JENIS-JENIS KERJA YANG BOLEH DIBAYAR ELAUN LEBIH MASA
Terdapat 4 jenis kerja-kerja yang boleh dibayar Elaun Lebih Masa atau ELM iaitu:-
  • Kerja Siang (Para 12, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
Sebarang giliran bertugas tambahan yang dilakukan oleh kakitangan di antara 6:00 pg hingga 10:00 mlm.
  • Kerja Malam (Para 12, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
Sebarang giliran bertugas tambahan yang dilakukan oleh kakitangan di antara 10:00 mlm hingga 6:00 pg.
  • Kerja Kecemasan (Para 12, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
Sebarang tugas yang memerlukan pekerja yang lebih dari biasa bagi penjagaan dan pemulihan perkhidmatan yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan.
  • Tinggal Atas Panggilan atau 'On-Call' (Para 16, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
Ketua Jabatan mengarahkan pegawai dibawah jagaannya tinggal atas panggilan.

Semasa pegawai tinggal atas panggilan, beliau boleh dipanggil bekerja demi kepentingan perkhidmatan / kepentingan awam.

Seseorang pegawai yang sedang di atas panggilan yang akhirnya dipanggil bertugas lebih masa boleh menerima bayaran LEBIH MASA.
KADAR BAGI ANGGOTA SAMBILAN - (Para 13, Perintah Am, Bab 'G' (1974))
-------------------------------------------------------------------------------------------
KADAR GANDAAN BAYARAN ELM - (Para 13-LAMPIRAN "A", Perintah Am, Bab 'G' (1974))
-------------------------------------------------------------------------------------------
KADAR BAGI BAYARAN ELM MENANGGUNG KERJA - (Pekeliling Perkhidmatan 10/97) M/s 5.
-------------------------------------------------------------------------------------------
CONTOH PENGIRAAN KADAR ELM
-------------------------------------------------------------------------------------------
DOKUMEN YANG WAJIB DILAMPIRKAN BERSAMA SEMASA TUNTUTAN ELM
  1. Slip Gaji Kakitangan atau Kew. 8 (yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  2. Borang Tuntutan ELM
  3. Borang Pengiraan
  4. Borang perakam waktu atau Jadual kedatangan
  5. Surat Arahan Kerja Lebih Masa (sekiranya 'punch card' tidak diketipkan surat arahan mestilah dengan detail)
  6. Kelulusan Ketua Jabatan bagi tuntutan melebihi 1/3 gaji hakiki.
  7. Surat Kelewatan (sekiranya dihantar lebih dari 10hb pada bulan berikutnya) AP 100 (a).